Mess pegawai SPRM
Warga SPRM seluruh Malaysia boleh menikmati kemudahan Mess Pegawai yang bertempat di Aras 7 ibu pejabat SPRM, Putrajaya.
Ruang Pintu Hadapan Mess Pegawai |
Mess Pegawai dirasmikan oleh Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad merupakan fasiliti utama dalam memberikan kemudahan dan perkhidmatan runcit kepada semua pegawai dan kakitangan SPRM.
Ruangan Santai Luar |
Mini Golf |
Kemudahan di Mess Pegawai diberikan kepada pegawai dan kakitangan guna sama N29 ke atas yang mendaftar sebagai ahli Mess sahaja dengan yuran keahlian sebanyak RM20 Setahun. Ianya juga boleh dijadikan tempat perbincangan terutamanya apabila dikunjungi pelawat atau tetamu jemputan dari luar.
Terdapat pelbagai alatan hiburan seperti mesin karaoke, dart, meja pool dan mini golf. Alatan ini boleh digunakan sepenuhnya bagi ahli yang berdaftar dan juga pelawat dari luar. Selain dari itu, Mess pegawai turut menyediakan makanan dan minuman seperti roti bakar, kuih muih dan snek dengan harga berpatutan.
Penubuhan Mess pegawai ini juga adalah supaya pegawai yang berkhidmat berasa dihargai serta mempunyai tempat untuk berehat serta mendedahkan budaya kepimpinan. Justeru itu, mutu kerja dapat ditambah baik lagi, sekian itu sahaja latar belakang diri saya dan penubuhan Mess pegawai SPRM ini. Terima Kasih.
Comments
Post a Comment