Bekerja sebagai penghantar makanan (grabfood)


Assalamualaikum, hari ini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman diri saya yang berkerja sebagai penghantar makanan bagi syarikat grabfood. Grabfood adalah merupakan perkhidmatan penghantaran makanan yang membawakan hidangan dari pelbagai restoren tempatan, terus ke tangan pelanggan yang yang telah membuat pesanan.

Sebagai penghantaran makanan di syarikat Grabfood, dengan membuat penghantaran Grabfood saya akan dibayar tambang tetap untuk setiap penghantaran dan ditambah dengan insentif.



Bayaran yang diterima ialah RM7 hingga RM20 per trip mengikut jarak lokasi vendor ke lokasi pelanggan. Pendapatan bulanan bagi yang bekerja separuh masa boleh mencecah RM2000 sebulan. Khidmat Grabfood kini bukan lagi hanya di lembah klang sahaja, Kawasan shah alam dan klang juga turut mendapat perkhidmatan yang menarik ini. Pada masa kini rakan penghantar grabfood sudah mencecah hampir 3 ribu orang. Berikut saya sertakan gambar-gambar saya melakukan pekerjaan sebagai penghantar makanan.



Comments